|
الرَاتِب الشَّهِير
Ratib Al-Haddad
Susunan
الإمام القطب عبد
الله بن علوي الحداد
Al-Imam Al-Qutub Abdullah bin Alawi Al-Haddad
Ratib Al-Haddad
Ratib
Al-Haddad ini mengambil nama sempena nama penyusunnya, iaitu Imam Abdullah
bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal.
Daripada doa-doa dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib Al-Haddad lah yang
paling terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib
Yang Termasyhur) disusun berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27
Ramadhan 1071 Hijriyah (bersamaan 26 Mei 1661).
Ratib
ini disusun bagi menunaikan permintaan salah seorang murid beliau, ‘Amir dari
keluarga Bani Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di Shibam, Hadhramaut.
Tujuan ‘Amir membuat permintaan tersebut ialah bagi mengadakan suatu wirid
dan zikir untuk amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan
menyelamatkan diri daripada ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut
ketika itu.
Pertama
kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung ‘Amir sendiri, iaitu di kota Shibam
setelah mendapat izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah Al-Haddad sendiri.
Selepas itu Ratib ini dibaca di Masjid Al-Imam Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim
dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun 1661 Masehi. Pada kebiasaannya ratib
ini dibaca berjamaah bersama doa dan nafalnya, setelah solat Isya’. Pada
bulan Ramadhan ia dibaca sebelum solat Isya’ bagi mengelakkan kesempitan
waktu untuk menunaikan solat Tarawih. Mengikut Imam Al-Haddad di
kawasan-kawasan di mana Ratib al-Haddad ini diamalkan, dengan izin Allah
kawasan-kawasan tersebut selamat dipertahankan daripada pengaruh sesat
tersebut.
Apabila
Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun mula
dibaca di Makkah dan Madinah. Sehingga hari ini Ratib berkenaan dibaca setiap
malam di Bab al-Safa di Makkah dan Bab al-Rahmah di Madinah. Habib Ahmad bin
Zain Al-Habsyi pernah menyatakan bahawa sesiapa yang membaca Ratib Al-Haddad
dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus membaca “ La ilaha illallah”
hingga seratus kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia
mungkin dikurniakan dengan pengalaman yang di luar dugaannya.
Beberapa
kebezaan boleh didapati di dalam beberapa cetakan ratib Haddad ini terutama
selepas Fatihah yang terakhir. Beberapa doa ditambah oleh pembacanya. Al
Marhum Al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad memberi ijazah untuk membaca
Ratib ini dan menyarankannya dibaca pada masa–masa yang lain daripada yang
tersebut di atas juga di masa keperluan dan kesulitan. Mudah-mudahan sesiapa
yang membaca ratib ini diselamatkan Allah daripada bahaya dan kesusahan.
Ameen.
Ketahuilah
bahawa setiap ayat, doa, dan nama Allah yang disebutkan di dalam ratib ini
telah dipetik daripada Al-Quran dan hadith Rasulullah S.A.W. Terjemahan
yang dibuat di dalam ratib ini, adalah secara ringkas. Bilangan bacaan setiap
doa dibuat sebanyak tiga kali, kerana ia adalah bilangan ganjil (witir). Ini
ialah berdasarkan saranan Imam Al-Haddad sendiri. Beliau menyusun zikir-zikir
yang pendek yang dibaca berulang kali, dan dengan itu memudahkan pembacanya.
Zikir yang pendek ini, jika dibuat selalu secara istiqamah, adalah lebih baik
daripada zikir panjang yang dibuat secara berkala atau cuai. Ratib ini
berbeza daripada ratib-ratib yang lain susunan Imam Al-Haddad kerana ratib
Al-Haddad ini disusun untuk dibaca lazimnya oleh kumpulan atau jamaah. Semoga
usaha kami ini diberkahi Allah.
الراتب الشهير
للحبيب عبد الله بن علوي الحداد
Ratib Al Haddad
Moga-moga Allah merahmatinya [Rahimahu Allahu Ta’ala]
يقول القارئ: الفَاتِحَة إِلَى حَضْرَةِ سَيِّدِنَا
وَشَفِيعِنَا وَنَبِيِّنَا وَمَوْلانَا مُحَمَّد صلى الله عليه وسلم -
الفاتحة-
Bacalah Al-Fatihah kepada ketua,
penyshafaat, nabi dan penolong kita Muhammad s.a.w
1. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمنِ
الرَّحِيْمِ. ماَلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ إِيِّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ
نَسْتَعِيْنُ. اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ
أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّيْنَ.
آمِيْنِ
Diriwayatkan oleh Abu Sa’id ibn
al-Mu’lla r.a.: “Sukakah kamu jika aku ajarkan sebuah Surah yang belum
pernah diturun dahulunya, baik dalam Injil mahupun Zabur dan Taurat? Ia
adalah Al-Fatihah.
Surah 15 Al-Hijr : Ayat 87: “Dan
sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang
diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan
faedahnya.”
2. اَللهُ
لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ
نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّموَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ
عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَمَا
خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَآءَ
وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ
العَلِيُّ العَظِيْمُ.
(Surah
2 al-Baqarah Ayat 255 Ayat-al-Kursi)
Ayatul Kursi ini mengandungi khasiat yang
besar. Terdapat 99 buah hadith yang menerangkan fadhilahnya. Di antaranya
ialah untuk menolak syaitan, benteng pertahanan, melapangkan fikiran dan
menambahkan iman.
3. آمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّه
وَالْمُؤْمِنُوْنَ كُلٌّ آمَنَ بِاللهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ
لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْناَ وَأَطَعْناَ
غُفْراَنَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ.
(Surah 2: Al Baqarah Ayat 285)
Diriwayatkan daripada Abu Mas'ud
al-Badri r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Dua ayat terakhir
dari surah al-Baqarah, memadai kepada seseorang yang membacanya pada malam
hari sebagai pelindung dirinya.
4. لاََ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا
كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَآ إِنْ نَسِيْنَآ
أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ
عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا
مَالاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنآ أَنْتَ
مَوْلاَنَا فَانْصُرْناَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ.
(Surah
2: al-Baqarah Ayat 286)
Dari Muslim, diriwayatkan daripada
Abdullah ibn Abbas r.a.: Apabila Jibril sedang duduk dengan Rasulullah
s.a.w., dia mendengar bunyi pintu di atasnya. Dia mengangkat kepalanya lalu
berkata: “Ini ialah bunyi sebuah pintu di syurga yang tidak pernah dibuka.”
Lalu satu malaikat pun turun, dan Jibril berkata lagi, “Ia malaikat yang
tidak pernah turun ke bumi” Malaikat itu memberi salam lalu berkata,
“Bersyukurlah atas dua cahaya yang diberi kepadamu yang tidak pernah diberi
kepada rasul-rasul sebelummu-“Fatihat al-Kitab dan ayat penghabisan Surah
al-Baqarah”. Kamu akan mendapat manfaat setiap kali kamu membacanya.
5. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ
لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ
عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.
(3X)
Dari Bukhari, Muslim dan Malik,
diriwayatkan daripada Abu Hurairah; Rasulullah s.a.w berkata, “Sesiapa
membaca ayat ini seratus kali sehari, pahalanya seperti memerdekakan sepuluh
orang hamba, Seratus kebajikan dituliskan untuknya dan seratus keburukan
dibuang darinya, dan menjadi benteng dari gangguan syaitan sepanjang hari.”
6. سٌبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ
لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اْللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ. (3X)
Dari Muslim, diriwayatkan oleh
Samurah ibn Jundah: Rasulullah s.a.w bersabda: Zikir-zikir yang paling dekat
di sisi Allah adalah empat, iaitu tasbih, takbir, tahmid dan tahlil, tidak
berbeza yang mana aturannya apabila engkau berzikirullah.
7. سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ
سُبْحاَنَ اللهِ الْعَظِيْمِ. (3X)
Dari Bukhari, diriwayatkan daripada
Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: Dua zikir yang mudah di
atas lidah tetapi berat pahalanya dan disukai oleh Allah ialah: 'SubhanAllah
al-Azim dan 'SubhanAllah wa bihamdihi.'”
8. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَتُبْ
عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. (3X)
Surah 4: An-Nisa’; Ayat 106: “Dan hendaklah engkau
memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.
Sila rujuk juga Surah 11: Hud; Ayat 90
9. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ. (3X)
Surah 33; Al-Ahzab, Ayat 56: Sesungguhnya Allah dan
malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi; wahai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan yang
sepenuhnya.
Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr:
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa berselawat kepadaku sekali, Allah akan
berselawat kepadanya sepuluh kali.
10.
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّمَا
خَلَقَ. (3X)
Dari Abu Dawud dan Tirmidhi,
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca doa ini tiga kali,
tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh atasnya.”
11.
بِسْـمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُـرُّ مَعَ اسْـمِهِ شَيْءٌ
فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي الْسَّمَـآءِ وَهُوَ الْسَّمِيْـعُ الْعَلِيْـمُ. (3X)
Dari Ibn Hibban; Nabi Muhammad s.a.w
bersabda: “Hamba-hamba Allah yang membaca doa ini pada waktu pagi dan petang
tiga kali, tiada apa jua kesakitan akan dialaminya.”
12.
رَضِيْنَـا بِاللهِ رَبًّا وَبِالإِسْـلاَمِ دِيْنـًا
وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيّـًا. (3X)
Surah 3: Ali-Imran Ayat 19:
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.
Dari Abu Daud dan Tirmidzi; Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca ayat ini di pagi dan petang hari
akan masuk ke syurga.”
13.
بِسْمِ
اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَالْخَيْرُ وَالشَّـرُّ بِمَشِيْئَـةِ اللهِ. (3X)
Diriwayatkah oleh Abu Hurairah:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Abu Hurairah, bila kamu keluar negeri untuk
berniaga, bacakan ayat ini supaya ia membawa kamu ke jalan yang benar.
Dan setiap perbuatan mesti bermula dengan ‘Bismillah’ dan penutupnya ialah
“Alhamdulillah”.
14.
آمَنَّا بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ
تُبْناَ إِلَى اللهِ باَطِناً وَظَاهِرًا. (3X)
Surah at-Tahrim Ayat 8: Wahai
orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat
Nasuha”.
Diriwayatkan oleh Ibn Majah:
Rasulullah bersabda: Orang yang bertaubat itu adalah kekasih Allah. Dan orang
yang bertaubat itu ialah seumpama orang yang tiada apa-apa dosa.”
15.
يَا
رَبَّنَا وَاعْفُ عَنَّا وَامْحُ الَّذِيْ كَانَ مِنَّا. (3X)
Dari Tirmidhi dan Ibn Majah:
Rasulullah s.a.w. berada di atas mimbar dan menangis lalu beliau bersabda:
Mintalah kemaafan dan kesihatan daripada Allah, sebab setelah kita yakin,
tiada apa lagi yang lebih baik daripada kesihatan
Surah 4: An-Nisa’: Ayat 106: “Dan
hendaklah engkau memohon keampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah itu Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
16.
ياَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْراَمِ أَمِتْناَ عَلَى دِيْنِ
الإِسْلاَمِ. (7X)
Sila rujuk ke
no. 12.
Moga-moga kita dimatikan dalam keadaan Islam.
Dan dari
Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. menyatakan di dalam sebuah hadith bahawasanya
sesiapa yang berdoa dengan nama-nama Allah dan penuh keyakinan, doa itu pasti
dikabulkan Allah.
17.
ياَ قَوِيُّ ياَ مَتِيْـنُ إَكْفِ شَرَّ
الظَّالِمِيْـنَ. (3X)
Seperti di atas (16); Merujuk hadith
Rasulullah s.a.w, sesiapa yang tidak boleh mengalahkan musuhnya, dan mengulangi
Nama ini dengan niat tidak mahu dicederakan akan bebas dari dicederakan
musuhnya.
18.
18. أَصْلَحَ
اللهُ أُمُوْرَ الْمُسْلِمِيْنَ صَرَفَ اللهُ شَرَّ الْمُؤْذِيْنَ. (3X)
Diriwayatkan oleh Abu Darda’
bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang mukmin pun yang berdoa
untuk kaumnya yang tidak bersamanya, melainkan akan didoakan oleh Malaikat,
“Sama juga untukmu”.
19.
يـَا عَلِيُّ يـَا
كَبِيْرُ يـَا عَلِيْمُ يـَا قَدِيْرُ
يـَا سَمِيعُ يـَا بَصِيْرُ يـَا لَطِيْفُ
يـَا خَبِيْرُ. (3X)
Surah 17: Al Israil: Ayat 110:
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama “Allah” atau “Ar-Rahman”,
yang mana sahaja kamu serukan; kerana Allah mempunyai banyak nama yang baik
serta mulia. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu,
juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang
sederhana antara itu."
20.
ياَ فَارِجَ الهَمِّ يَا كَاشِفَ الغَّمِّ يَا مَنْ
لِعَبْدِهِ يَغْفِرُ وَيَرْحَمُ. (3X)
Dari Abu Dawud, diriwayatkan daripada
Anas ibn Malik: “Ketika saya bersama Rasulullah s.a.w., ada seseorang berdoa,
“Ya Allah saya meminta kerana segala pujian ialah untuk-Mu dan tiada Tuhan
melainkan-Mu, Kamulah yang Pemberi Rahmat dan yang Pengampun, Permulaan Dunia
dan Akhirat, Maharaja Teragung, Yang Hidup dan Yang Tersendiri”.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia
berdoa kepada Allah menggunakan sebaik-baik nama-nama-Nya, Allah akan
memakbulkannya kerana apabila diminta dengan nama-nama-Nya Allah akan
memberi.
21.
أَسْتَغْفِرُ
اللهَ رَبَّ الْبَرَايَا أَسْتَغْفِرُ اللهَ مِنَ الْخَطَاياَ.(4X)
Surah 4: An-Nisa’: Ayat 106: “Dan
hendaklah engkau memohon keampunan daripada Allah; sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.”
Surah 11: Hud: Ayat 90: “Dan mintalah
keampunan Tuhanmu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha
Pengasih”
22.
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ. (50X)
Komentar tentang kalimah tauhid
sangat panjang. Kalimah “La ilaha illallah” ini adalah kunci syurga.
Diriwayatkan oleh Abu Dzar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah tidak
membenarkan seseorang masuk ke neraka jikalau dia mengucapkan kalimah tauhid
ini berulang-ulang kali.”
23.
مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ
وَسَلَّمَ وَشَرَّفَ وَكَرَّمَ وَمَجَّدَ وَعَظَّمَ وَرَضِيَ اللهُ تَعاَلَى
عَنْ آلِ وَأَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالتَّابِعِيْنَ وَتَابِعِ التَّابِعِيْنَ
بِإِحْسَانٍ مِنْ يَوْمِنَا هَذَا إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ وَعَلَيْناَ مَعَهُمْ
وَفِيْهِمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
24.
بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ
الرَّحِيْمِ.
قُلْ هُوَ اللهُ أَحَـدٌ. اَللهُ الصَّمَـدُ. لَمْ يَلِـدْ
وَلَمْ يٌوْلَـدْ. وَلَمْ يَكُـنْ لَهُ كُفُـوًا أَحَـدٌ. (3X)
Dari Imam
Bukhari,
diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang
di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan
sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup
dan lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku,
surah itu seperti sepertiga al Quran!”
Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh
Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda
mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.”
Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulallah?” Baginda menjawab, “Syurga”
(Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
25.
بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقَ،
وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ، وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ،
وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَد
Surah Al-Falaq
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a
katanya: Rasulullah s.a.w biasanya apabila ada salah seorang anggota keluarga
baginda yang sakit, baginda menyemburnya dengan membaca bacaan-bacaan.
Sementara itu, ketika baginda menderita sakit yang menyebabkan baginda wafat,
aku juga menyemburkan baginda dan mengusap baginda dengan tangan baginda
sendiri, kerana tangan baginda tentu lebih banyak berkatnya daripada tanganku.
26.
بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ النَّاسِ، إِلَهِ
النَّاسِ، مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ، اَلَّذِيْ يُوَسْوِسُ فِي
صُدُوْرِ النَّاسِ، مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ.
Surah An-Nas
Dari Tirmidhi diriwayatkan
daripada Abu Sa’id al-Khudri; Nabi Muhammad s.a.w selalu meminta perlindungan
daripada kejahatan jin dan perbuatan hasad manusia. Apabila surah al-falaq
dan an-nas turun, baginda ketepikan yang lain dan membaca ayat-ayat ini sahaja.
27.
اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى رُوحِ سَيِّدِنَا الْفَقِيْهِ الْمُقَدَّمِ
مُحَمَّد بِن عَلِيّ باَ عَلَوِي وَأُصُولِهِمْ وَفُرُوعِهِمْ وَكفَّةِ
سَادَاتِنَا آلِ أَبِي عَلَوِي أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي
الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِ هِمْ فِي
الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ وَالآخِرَةِ.
28.
اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى أَرْوَاحِ ساَدَاتِنَا الصُّوْفِيَّةِ أَيْنَمَا
كَانُوا فِي مَشَارِقِ الأَرْضِ وَمَغَارِبِهَا وَحَلَّتْ أَرْوَاحُهُمْ - أَنَّ
اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ
وَبِعُلُومِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِ هِمْ، وَيُلْحِقُنَا بِهِمْ فِي
خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ.
29.
اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى رُوْحِ صاَحِبِ الرَّاتِبِ قُطْبِ الإِرْشَادِ
وَغَوْثِ الْعِبَادِ وَالْبِلاَدِ الْحَبِيْبِ عَبْدِ اللهِ بِنْ عَلَوِي
الْحَدَّاد وَأُصُوْلِهِ وَفُرُوْعِهِ أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي
الْجَنَّة وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِهِمْ بَرَكَاتِهِمْ
فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ وَالآخِرَةِ.
30.
اَلْفَاتِحَة
إِلَى كَافَّةِ عِبَادِ اللهِ الصّالِحِينَ وَالْوَالِدِيْنِ
وَجَمِيْعِ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ
أَنْ اللهَ يَغْفِرُ لَهُمْ وَيَرْحَمُهُمْ وَيَنْفَعُنَا بَأَسْرَارِهِمْ وبَرَكَاتِهِمْ
31.
(ويدعو القارئ):
Berdoalah disini apa yang di hajati.
:
اَلْحَمْدُ اللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِي
نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَه، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وأَهْلِ بَيْتِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ بِحَقِّ
الْفَتِحَةِ الْمُعَظَّمَةِ وَالسَّبْعِ الْمَثَانِيْ أَنْ تَفْتَحْ لَنَا
بِكُلِّ خَيْر، وَأَنْ تَتَفَضَّلَ عَلَيْنَا بِكُلِّ خَيْر، وَأَنْ تَجْعَلْنَا
مِنْ أَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تُعَامِلُنَا يَا مَوْلاَنَا مُعَامَلَتَكَ
لأَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تَحْفَظَنَا فِي أَدْيَانِنَا وَأَنْفُسِنَا
وَأَوْلاَدِنَا وَأَصْحَابِنَا وَأَحْبَابِنَا مِنْ كُلِّ مِحْنَةٍ وَبُؤْسٍ
وَضِيْر إِنَّكَ وَلِيٌّ كُلِّ خَيْر وَمُتَفَضَّلٌ بِكُلِّ خَيْر وَمُعْطٍ
لِكُلِّ خَيْر يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن.
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian alam, segala puji pujian bagi-Nya atas penambahan nikmat-Nya kepada kami, moga moga Allah mencucurkan
selawat dan
kesehahteraan ke atas Penghulu kami Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Wahai Tuhan, kami memohon dengan haq
(benarnya) surah fatihah yang Agung, iaitu tujuh ayat yang selalu di
ulang-ulang, bukakan untuk kami segala perkara kebaikan dan kurniakanlah
kepada kami segala kebaikan, jadikanlah kami dari golongan insan yang baik;
dan peliharakanlah kami Ya tuhan kami. sepertimana Kamu memelihara
hamba-hambaMu yang baik, lindungilah agama kami, diri kami, anak anak kami,
sahabat-sahabat kami, serta semua yang kami sayangi dari segala kesengsaraan,
kesedihan, dan kemudharatan. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pelindung dari
seluruh kebaikan dan Engkaulah yang mengurniakan seluruh kebaikan dan memberi
kepada sesiapa saja kebaikan dan Engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha
Penyayang. Amin Ya Rabbal Alamin.
32.
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْـأَلُكَ رِضَـاكَ وَالْجَنَّـةَ
وَنَـعُوْذُ بِكَ مِنْ سَـخَطِكَ وَالنَّـارِ. (3X)
Dari Tirmidhi dan Nasa’i,
diriwayatkan daripada Anas ibn Malik: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jikalau
sesiapa memohon kepada Allah untuk syurga tiga kali, Syurga akan berkata, “Ya
Allah bawalah dia ke dalam syurga;” dan jikalau ia memohon perlindungan dari api
neraka tiga kali, lalu neraka pun akan berkata, “Ya Allah berilah dia
perlindungan dari neraka.”
TERJEMAHAN AYAT
1.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan
mentadbir sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang
Menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang
Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjuklah
kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan
nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan
bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
2.
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup,
Yang Kekal selama-lamanya. Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki
segala yang ada di langit dan di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi
syafaat di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di
hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak
mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki.
Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan
kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi,
lagi Maha Besar.
3.
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan
kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman
kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan
Rasul-rasulNya. (Katakan): “Kami tidak membezakan antara seorang rasul dengan
rasul-rasul yang lain". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami
taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat
kembali”
4.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya. Ia mendapat pahala atas kebaikan yang diusahakannya, dan ia
juga menanggung dosa atas kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan
berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika
kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan
kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau
pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah
kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.
Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan
terhadap kaum-kaum yang kafir”
(Surah 2: al-Baqarah Ayat 286)
5.
Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu
bagi- Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang
menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia sangat berkuasa atas segala
sesuatu (3X)
6.
Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan
melainkan Allah dan Allah Tuhan Yang Maha Besar. (3X)
7.
Maha suci Allah segala puji khusus bagi-Nya, Maha suci
Allah Yang Maha Agung. (3X)
8.
Ya Allah ampunlah dosaku dan terimalah taubatku,
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. (3X)
9.
Ya Allah, cucurkan selawat ke atas Muhammad, Ya Allah,
cucurkan selawat ke atasnya dan kesejahteraan-Mu. (3X)
10. Aku berlindung dengan kalimat-kalimat
Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya. (3X)
11. Dengan nama Allah yang dengan
nama-Nya tiada suatu pun, baik di bumi mahupun di langit dapat memberi
bencana, dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. (3X)
12. Kami redha Allah sebagai Tuhan kami,
Islam sebagai Agama kami dan Muhammad sebagai Nabi
kami. (3X)
13. Dengan Nama Allah, segala pujian
bagi-Nya, dan segala kebaikan dan kejahatan adalah kehendak
Allah.
(3X)
14. Kami beriman kepada Allah dan Hari
Akhirat, dan kami bertaubat kepada Allah batin dan zahir. (3X)
15. Ya Tuhan kami, maafkan kami dan
hapuskanlah apa-apa (dosa) yang ada pada kami.
(3X)
16. Wahai Tuhan yang mempunyai sifat
Keagungan dan sifat Pemurah, matikanlah kami dalam agama Islam . (7X)
17.
Wahai
Tuhan yang Maha Kuat lagi Maha Gagah, hindarkanlah kami dari kejahatan
orang-orang yang zalim. (3X)
18. Semoga Allah memperbaiki urusan kaum
muslimim dan menghindarkan mereka dari kejahatan orang-orang yang suka
menggangu. (3X)
19. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, lagi
Maha Besar, Yang Maha Mengetahui lagi Sentiasa Sanggup, Yang Maha Mendengar
lagi Melihat. Yang Maha Lemah-Lembut lagi Maha
Mengetahui
(3X)
20. Wahai Tuhan yang melegakan dari
dukacita, lagi melapangkan dada dari rasa sempit. Wahai Tuhan yang mengampuni
dan menyayangi hamba-hamba-Nya. (3X)
21.
Aku
memohon keampunan Allah Tuhan Pencipta sekalian makhluk, aku memohon
keampunan Allah dari sekalian kesalahan. (4X)
22.
Tiada
Tuhan Melainkan Allah (50X)
23. Muhammad Rasulullah, Allah Mencucurkan
Selawat dan Kesejahteraan keatasnya dan keluarganya. Moga-moga dipermuliakan,
diperbesarkan, dan diperjunjungkan kebesarannya. Serta Allah Ta'ala meredhai
akan sekalian keluarga dan sahabat Rasulullah, sekalian tabi'in dan yang
mengikuti mereka dengan kebaikan dari hari ini sehingga Hari Kiamat, dan
semoga kita bersama mereka dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih daripada
yang mengasihani.
24.
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai
Muhammad): “Dialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan segala
permohonan; Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada
sesiapapun yang sebanding dengan-Nya. Surah Al-Ikhlas (3X)
25.
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai
Muhammad); “Aku berlindung dengan Tuhan yang menciptakan cahaya subuh,
daripada kejahatan makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; dan daripada kejahatan
malam apabila ia gelap gelita; dan daripada (ahli-ahli sihir) yang menghembus
pada simpulan-simpulan ikatan; dan daripada kejahatan orang yang dengki
apabila ia melakukan kedengkiannya”.
26. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung dengan Tuhan
sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah
oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul
tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,
dari kalangan jin dan manusia”.
27. Bacalah Al-fatihah kepada roh
Penghulu kita al-Faqih al-Muqaddam, Muhammad ibn Ali Ba’alawi, dan kepada
asal-usul dan keturunannya, dan kepada semua penghulu kita dari keluarga bani
‘Alawi, moga-moga Allah tinggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita
manfaat dengan mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya mereka di dalam agama,
dunia dan akhirat.
28. Bacalah al-fatihah kepada roh-roh
Penghulu kita Ahli Ahli Sufi, di mana saja roh mereka berada, di timur atau
barat, moga moga Allah tinggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita
manfaat dengan mereka, ilmu-ilmu mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya mereka,
dan golongkan kami bersama mereka dalam keadaan baik dan afiah.
29.
Bacalah
fatihah kepada roh Penyusun Ratib ini, Qutbil-Irshad, Penyelamat kaum dan
negaranya, Al-Habib Abdullah ibn Alawi Al-Haddad, asal-usul dan keturunannya,
moga moga Allah meninggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat
dari mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya dan berkat mereka di dalam agama, dunia
dan akhirat.
30. Bacalah
Fatihah kepada hamba hamba Allah yang soleh, ibu bapa kami, mukminin dan
mukminat, muslimin dan muslimat, moga moga Allah mengampuni mereka dan
merahmati mereka dan memberi kita manfaat dengan rahsia rahsia dan barakah
mereka.
31.
Berdoalah disini apa yang di hajati. : (do’a terserah
masing-masing diri)
32. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredhaan dan syurga-Mu;
dan kami memohon perlindungan-Mu dari kemarahan-Mu dan api neraka. (3X)
انتهى الراتب الشهير
Tamat
Ratib Al-Haddad
“Syarh
Ratib Al-Haddad” – komentari, pembicaraan dan hujah Ratib Al-Haddad yang
teliti bagi setiap ayat di dalam Ratib Haddad tulisan Al-Habib Alawi bin
Ahmad bin Hassan bin Abdullah Al-Haddad, dalam bahasa Arab yang dicetak oleh
Al-Habib Ali bin Essa bin Abdulkader Al-Haddad di Singapura dan di Maqam Imam
Al-Haddad.
Keutamaan
Ratib Al Haddad
Keutamaan
Ratib Al Haddad Dan Ratib Al AttasDalam riwayat lain, tidak ada sebuah rumah
yang di bacakan Ratib pada malam hari,terkecuali ALLAH SWT menjaga rumah
tersebut dari segala bahaya ,hingga malam berikutnya.Disamping itu pula tertera
di dalam kitab WIRDUL IMAM AL ‘ALLAMATUD DUNYA bahwa sebagian ‘ulama salaf
berkata, khasiat Ratib antara lain:•
1. Memanjangkan umur
2. Menyebabkan Husnul Khotimah bagi
mereka yang mendawamkan ratibul haddad ini
Merupakan penjagaan dari segala bencana ,baik di daratan maupun di lautan serta di udara Sangat di anjurkan ,membacanya di tempat sepi ,menghadap kiblat seta dalam keadaan wudhu lantas menyebutkan hajatnya,Insya allah akan di kabulkan apa yang diinginkan•
3. Terhindar bathin kita sifat
kemunafikan & tindakan dzolim
4. Memperoleh kemudahan dalam
menyelesaikan persoalan dunia dan akherat terjaga di dalam segala hal ihwal nya
serta hartanya dan ia akan tertolong dalam menghadapi musuh -musuh nya..
5. Apabila sebuah rumah di bacakan Ratib
maka 40 rumah di sekitarnya pun akan terjaga dari bencana kebakaran dan
kecurian
6. Barang siapa yang membaca ratib ,ia
tidak akan terkena serangan sihir umpama ia terkena sihir maka sihir tersebut akan
musnah serta luntur darinya
7. Memperoleh rezeki yang melimpah dan
halal
8. Mendapatkan ketenangan hidup.
9. Alkisah,ada seoarang yang menderita
penyakit keras,datang berkunjung pada Habib Abdullah Al -Haddad ra.(pengarang Ratibul
Haddad) mengadukan sakit yang dideritanya itu kepada beliau.Habib Abdullah
Al-Haddad ra. lantas berkata kepadanya : umur kamu hanya tersisa sedikit
lagi,tetapi bacalah olehmu Ratibul At-Thas karena ratib tersebut memanjangkan
umur.Ternyata setelah melaksanakan perintah tersebut usia nya bertambah panjang
bahkan ia mempunyai zuriat (anak keturunan) maasya allah.Dan yang terpenting
ratib ini merupakan salah satu saran ibadah serta alternatif terbaik didalam
perjalanan ritual menuju keridhoan allah swt. Oleh karena itu ratib ini juga
terkenal dengan sebutan ” AZIZUL MANAL WA FAT HU BAABIL WHISOL” yang artinya
“pemberian yang sangat berharga dan pembuka gerbang ma’rifat.
Akhirul
kalam ,masih banyak lagi khasiat dan faedah ratib seperti yang di utarakan
dalam kitab sullamut thoolib. Semoga allah swt memberikan taufik dan
hidayah-NYA kepada kita semua untuk dapat mengamalkan ratib. amin yaa robbal
‘alamin.
PESAN:
Pembacaan
ratib bisa diniatkan untuk segala hajat. tapi alangkah baiknya dibaca dengan
niat mendekatkan diri kepada Allah.
Adapun
cara bagi yang mempunyai hajat khusus seperti mempunyai penyakit atau membuang
ilmu batil yang selama ini dipelajari dengan cara: taruh air satu botol didepan
kita lalu baca ratib setelah selesai tunggu dulu 1 jam lalu minum. disertai
minta kesembuhan kepada Allah ta’ala melalui ratib ini
Untuk
membersikan rumah: baca ratib sama seperti diatas lalu bersikan rumah (disapu/dipel/dirapikan)
kemudian ambil air dalam botol tersebut lalu percikkan di seluruh rumah kecuali
wc dan kamar mandi dan apabila rumah sudah lama ditinggal baca ayat qursi
sambil tawaf/mengilingi rumah baik yang luar maupun didalam sebanyak 3/7/9 x.
Hajat
mendesak: baca tawassul panjang pada ratib al haddad, apabila ketemu kalimat
”yaa samman, yaa samman, yaa samman” maka ucapkan hajat mu disitu insya Allah
mustajab. sudah banyak teman majelis yang mempraktekkannya.
Ada baiknya disaat membaca ratib diiringi membakar buhur kerucut dan memakai minyak wangi non alkohol.membakar buhur sini difungsikan untuk agar ruangan yang kita dzikir itu berbau wangi sehingga para malaikat yang ikut hadir mendoakan kebajikan untuk kita. amien.
Dari
Semua yang sudah disebutkan tentang manfaatnya. Hanya Allah lah yang tahu dan
yang maha menyembuhkan Wallahu’ A’lam bisswab..
|


Post a Comment
Post a Comment